PELAWAAN MENYUMBANG BAHAN MAKANAN BAGI WARGA MAAHAD TAQWA

Pihak madrasah mempelawa mana-mana individu yang diberi kelebihan harta oleh Allah SWT menyumbang bahan-bahan untuk memasak bagi warga Maahad Tahfiz Al Quran Wal Arabiah (Maahad TAQWA).
Keadaan ekonomi sekarang yang mengakibatkan kenaikan harga barang telah memaksa pihak madrasah untuk mencari para penyumbang yang budiman untuk membantu pihak madrasah menyediakan keperluan asasi para pelajar.
Sehubungan dengan itu pihak madrasah merayu dan mengalu-alukan jasa baik untuk membantu madrasah. Madrasah telah menyenaraikan barangan keperluan yang diperlukan bagi memudahkan individu untuk menyumbang.
_Terdapat 2 kaedah untuk menyumbang :_
1) beli mana- mana keperluan yang disenaraikan mengikut kemampuan penyumbang dan hantarkan ke Maahad TAQWA, Kg Muhibbah,Peserai, Batu Pahat.
2) Memberi sumbangan berbentuk wang tunai kepada pihak madrasah sama ada melalui bank in atau transfer ke Akaun Maybank 551427122653 Maahad Tahfiz Al Quran Wal Arabiah dan sebagainya. Kemudian pihak kami akan tolong membeli mengikut keperluan.
Jasa baik para penyumbang hanya Allah yang mampu mebalasnya.
Sebarang pertanyaan sila hubungi (whatsapp) :

Ust Muhammad Khairil Nizam Bin Harun
Mudir Maahad TAQWA.
+60111535953

Comments