MAAHAD TAHFIZ AL QURAN WAL ARABIAH

 PENGENALAN

Maahad Tahfiz Al-Quran Wal Arabiah (Maahad TAQWA) adalah sebuah madrasah tahfiz yang ditubuhkan pada 25 oktober 2014 bersamaan 1 Muharram 1436 H. Kehadiran generasi pertama pelajar pada 25 Oktober yang dibimbing oleh 2 orang guru dan seorang pembantu pentadbir telah memulakan sessi pengajaran dan pembelajaran pada 16 November 2014

     Berbekalkan pengalaman dalam pentadbiran di beberapa buah madrasah, Pihak Ahli Jemaah Tadbir yang menguruskan madrasah ini mengharapkan perjalanan pendidikan dan tarbiyah bergerak dengan lancar untuk memenuhi amanah ilmu, ibubapa dan masyarakat setempat.

    Maahad TAQWA berusaha mengorak langkah untuk cemerlang dalam bidang pengkajian dan penghafazan Al-Quran demi menyahut seruan baginda Rasulullah SAW bagi membentuk generasi yang benar-benar mampu menghafaz dan mengingati keseluruhan isi Al-Quran dan menterjemahkannya dalam kehidupan seharian mereka. Disamping itu pengajian ilmu fardhu ain juga dilaksanakan bagi memantapkan lagi aqidah, syariat dan sahsiah dalam diri para pelajar ini.

     Dengan tertubuhnya Maahad TAQWA maka lahirlah sebuah lagi madrasah tahfiz di Malaysia yang diusahakan dengan penuh harapan untuk membantu pengembangan keilmuan islam dengan sokongan dan galakkan masyarakat setempat yang mengharapkan madrasah ini terus melangkah maju demi mencapai cita-cita untuk menghasilkan para huffaz yang profesional dan bertaqwa.

     Sehubungan dengan itu pihak Maahad TAQWA telah merancang melaksanakan modul-modul pembelajaran yang sistematik untuk menarik minat para pelajar dan masyarakat setempat untuk menyertai Maahad TAQWA dan menjadikan matlamat madrasah ini tercapai.

      Pihak Maahad TAQWA merasa gembira dan bersyukur kerana penubuhan maahad ini mendapat kerjasama penuh daripada pihak-pihak tertentu seperti ibubapa dan masyarakat setempat kerana memberi kepercayaan penuh kepada mudir dan guru-guru untuk mentadbir dengan cara tersendiri bagi merealisasikan matlamat penubuhan Maahad TAQWA iaitu melahirkan generasi Al-Quran yang berilmu dan bertaqwa yang memberi manfaat kepada Negara dan ummah serta melahirkan para huffaz yang profesional dalam pelbagai bidang serta memenuhi keparluan peribadi muslim sejati. 

 

Comments